Pelakon Datin Intan Najuwa menyatakan dia membeli barangan runcit setiap dua minggu untuk seisi keluarga termasuk pembantu dan jururawat yang tinggal di rumahnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata setiap kali melakukan pembelian runcit, dia akan membeli dalam kuantiti yang banyak.
Intan menyifatkan rumahnya diibaratkan seperti kedai runcit kerana kuantiti barang yang dibeli memerlukan dia menggunakan lima troli. “Kebiasaannya kita akan berakhir dengan empat hingga lima troli ketika membeli barangan runcit. Sebab dekat rumah ramai orang jadi setiap dua minggu saya akan beli tujuh hingga lapan ekor ayam. Tak termasuk dengan makanan laut, daging dan lain-lain. Dekat rumah hari-hari macam kenduri.”
Dalam pada itu, Intan berkata kerja-kerja pembersihan akan dilakukan oleh pembantu rumahnya selain memastikan barangan masak itu disimpan dengan baik. “Kebiasaannya, pembantu akan bersihkan dan siang ikan semua sebab mereka terlebih rajin. Mereka akan letakkan barangan basah dalam tupperware dan susun dalam tempat penyejuk beku. Dapur dan pantri dah macam kedai runcit, kedai tomyam pun ada.”
Sebelum ini, Intan memaklumkan seramai tiga orang pengasuh tinggal bersamanya untuk menjaga anak sulungnya iaitu Imane Lunara. Tidak hanya itu, suami kepada aktres itu iaitu Dato’ Ahmad Azraf Azman turut membayar jururawat khas untuk pastikan Luna sentiasa dalam keadaan baik.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.