Kisah rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz kini menjadi perbualan warganet di laman sosial selepas isterinya berkongsi video muncul di mahkamah baru-baru ini. Tiada kenyataan daripada kedua-dua pihak, Azlan bagaimanapun memuat naik perkongsian di TikTok yang menggambarkan perasaannya kini. “Ramai yang hanya melihat dari pandangan emosi diri sendiri tanpa mahu tahu apa yang sedang aku lalui, hujatan demi hujatan hanya membuat senyuman aku lebih lebar dan manis.
Resamnya manusia akhir ini melihat sudah merasa tahu sedang tahu dan melihat itu sangat besar bezanya… mungkin harus belajar tahu melihat dahulu,” kongsinya. Pada perkongsian yang sama, Azlan turut meluahkan rasa cinta terhadap isterinya. “Buat isteriku Nilam… aku masih menyayangimu malah lebih dari dahulu… meski sekarang kau masih belum tahu,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Nilam berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri. Bagaimanapun Azlan ketika dihubungi memberitahu dia memerlukan masa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai perkongsian isterinya.
“Bagi saya masa sikit,” kata Azlan secara ringkas. Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Nilam bagaimanapun gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej. Terdahulu, Nilam turut mendedahkan suaminya suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
“@azlankomeng_officialRamai yang hanya melihat dari pandangan emosi diri sendiri tanpa mahu tahu apa yang sedang aku lalui, hujatan demi hujatan hanya membuat senyuman aku lebih lebar dan manis. Resamnya manusia akhir ini melihat sudah merasa tahu sedang tahu dan melihat itu sangat besar bezanya… mungkin harus belajar tahu melihat dahulu… buat isteriku Nilam… aku masih menyayangimu malah lebih dari dahulu… meski sekarang kau masih Belum tahu.”
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.