Nasib baik masa kejadian tu ada Azlan Komeng, adik Nur Nilam dedah bakal madu datang srang di rumah

Advertisements
Advertisements

Adik kepada pelakon, Nur Nilam Ortiz yang dikenali sebagai Epul mendakwa bakal madu aktres tersebut datang menyerangnya di rumah. Menerusi hantaran di TikTok, Epul mendakwa, wanita terbabit secara tiba-tiba berdiri di hadapan kediaman mereka dan ingin mencetuskan pergaduhan. Jelas Epul, mujur ketika kejadian berlaku, dia dan suami Nur Nilam, aktor Azlan Komeng berada di rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Klik sini untuk lihat video.

“Ada seorang perempuan gila datang rumah srng kakak aku. Aku geram s*al. Aku rasa semua tahu fasal kes kakak aku, Nur Nilam dengan Azlan Komeng. Perempuan tu terpacak dengan rumah nak serang kakak. Nasib baik ketika itu aku dan abang Azlan ada di rumah. Aku dah cakap dengan kakak pergi buat laporan polis, tapi abang Azlan tahan. Kalau ikutkan hati aku, ini (tunjuk penumbuk) dah pergi singgah muka dia.”

Enggan masuk campur polemik antara Nur Nilam dan Azlan, Epul bagaimanapun berasa geram dengan tindakan wanita berkenaan yang datang ke rumah mereka sesuka hati. “Aku sebenarnya tak suka masuk campur urusan kakak dan abang Azlan, biar mereka selesaikan sendiri hal mereka. Tapi aku ikut kemahuan abang Azlan untuk pujuk kakak, aku turutkan sahaja. Tapi kes serang datang rumah itu memang aku geram. Kepada perempuan itu, kalau aku jumpa kau dekat luar, memang ini (penumbuk) makan muka.

Kalau ada barang dekat tangan, memang aku lempar dekat muka dia.” Sejak beberapa bulan lalu, kecoh apabila Azlan dikatakan bakal berkahwin seorang lagi. Selain itu, sebuah hantaran yang dikongsikan Nur Nilam menuai perhatian apabila dia memuat naik video hadir ke sebuah mahkamah syariah. Selang beberapa hari kemudian, Azlan mengesahkan isterinya sudah memfailkan fasakh namun dinafikan oleh Nur Nilam. Untuk rekod, Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version