Suami Bonda Rozita telefon ketika usahawan terkenal itu sedang bersiaran langsung di Facebook sehingga mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan warganet. Ketika sedang berinteraksi dengan pengikutnya, Bonda Rozita Ibrahim menerima panggilan daripada suaminya, Ustaz Khairul, yang dipercayai tidak senang dengan isu perselisihan faham antara isterinya dan pelakon Rebecca Nur Al Islam, yang juga adik iparnya. Klik sini untuk lihat video.
“Sayang, aduhai. Tadi kan saya baru cakap semalam kita dah bincang. Saya tengok awak punya live ni. Saya nak ketengahkan dekat awak, benda ni penting. Saya nak cakap sekejap je,” katanya. Rozita yang bimbang perbualan mereka akan didengari oleh pengikutnya, segera menyerahkan telefon itu kepada salah seorang pekerjanya dan enggan meneruskan perbualan tersebut. Namun, tindakan Khairul itu menyebabkan warganet tidak senang hati dan menganggap ia sebagai bentuk ‘backup’ terhadap adik sendiri, bukannya isteri.
Meskipun tujuan sebenar Khairul menelefon Rozita tidak diketahui, reaksi netizen jelas menunjukkan mereka kurang senang dengan tindakan tersebut, menyarankan supaya Rozita berfikir matang tentang masa depannya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.