Tindakan isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Jofliam, iaitu Dewi menyediakan bekal untuk anak-anak tirinya ke sekolah setiap hari mendapat pujian ramai. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Jofliam yang aktif berkongsi kehidupannya di media sosial telah mamuat naik mesej yang diterima berkenaan dengan layanan Dewi terhadap Han dan Yuki. Menurut warganet, walaupun status pemilik nama Emira Delyati Dewi hanya memegang status sebagai ibu tiri, ia sama sekali tidak menghalangnya daripada berbuat baik kepada anak-anak suaminya itu.
“Satu ayat positif kecil yang diberikan pada waktu pagi boleh mengubah emosi anda sepanjang hari.” Tidak hanya itu, sesetengah warganet turut memuji kerajinan Dewi kerana wanita itu sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk memasak bekal makanan tengahari buat Han. Tidak sampai sebulan mendirikan rumah tangga, Dewi secara konsisten melakukan tugasan rumah seperti memasak dengan baik. Terdahulu, Jofliam dan Dewi selamat mendirikan rumah tangga pada awal bulan April ini.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Bagaimanapun, mereka berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.