Muat naik gambar dengan ayat deep, sekali ramai warganet yang beri kata kata semangat buat Marissa Dania

Advertisements
Advertisements

Perkongsian yang dimuat naik oleh personaliti media sosial Marissa Dania Hakim berjaya mendapat perhatian ramai. Menerusi perkongsian di akaun TikTok, Marissa berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang bergambar di hadapan cermin. Namun, apa yang menarik perhatian apabila foto tersebut berisikan kata-kata seakan menggambarkan dirinya mahu menyampaikan sesuatu.

“Untuk sekarang, rangkul yang mahu sejalan. Selebihnya hati-hati di jalan,” tulisnya. Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan kerisauan mereka dan memberikan kata-kata semangat berkaitan rumah tangganya buat anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu. “Marissa, i know jodoh di tangan Allah, tapi kalau you tak happy please lepaskan je, you hidup sesorang pun you boleh bahagia, pergi travel, buat je apa yang kita happy dari kita sakit hati kena perli dan sebagai nya. You cantik adik!

“See? lama-lama dia pun penat hadap, padahal bukan salah dia sorang tapi yang asyik dipersalahkan hanya dia. Semoga terus kuat.” “Guys jangan galakkan orang untuk berpisah dari rumah tangga, Allah tak suka benda tu,” komen beberapa warganet. Bagaimanpun, tiada pengesahan atau respons yang dilakukan oleh Marissa Dania tentang kesahihan status tersebut. Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version