Pertelingkahan terbuka antara pasangan selebriti media sosial, Cik Epal dan Jofliam, kini memasuki babak lebih panas dan penuh sensasi. Selepas Cik Epal secara lantang menuntut pelbagai barangan peribadi dipulangkan termasuk Thermomix, kasut, pinggan mangkuk dan passport anak-anak, kini giliran Jofliam pula membuat pendedahan dengan bukti, gambar dan kronologi.
Dalam beberapa siri Instagram Story, Jofliam menegaskan bahawa dia telah mengemas semua barangan yang dituntut dan meminta Cik Epal datang mengambilnya pada hari Isnin, dengan syarat. “Jika dia nak barang-barang dia Isnin ni, tolong sediakan lori sendiri dan pack sendiri tapi bawa resit. Bukti pembelian saya halalkan sebab dia tahu, siapa yang bayar sebenarnya,” tulis Jofliam.
Tambah Jofliam, isterinya sekarang, Emira Delyati, telah memberikan keizinan kepada Cik Epal untuk masuk ke rumah bagi mengambil barangan tersebut, asalkan ia disertakan dengan bukti pembelian. “Harap kes selesai dan jangan claim bukan-bukan lagi dah. Saya nak bahagia dengan kehidupan baru saya,” tambahnya. Jofliam turut mendedahkan kediamannya pernah dipecah masuk sekitar November 2024 ketika dia berada di Jakarta.
“Dia pecah rumah saya waktu saya di Jakarta guna lalamove. Baju Han & Yuki dia licinkan sampai sehelai pun dia tak tinggalkan. Duit cash saya dibawa lari RM50,000. Saksi abang saya. Handbags yang saya belikan, semua dia bawa lari. Tidak ada point ni pun saya pernah ungkit,” katanya lagi. Jofliam turut menyentuh tentang peti ais ‘ketuk-ketuk Ramadan’ yang turut disebut oleh Cik Epal dalam tuntutan asal.
“Terima kasih yang sempat screenshot sebelum dia delete,” kata Jofliam, merujuk kepada Instastory Cik Epal yang didakwa telah dipadam selepas mengadu tentang peti ais tersebut. Dalam satu lagi klip video, Jofliam turut mempamerkan sekeping bungkusan ubat dari sebuah klinik pakar kulit. “Bersepah ubatan operation berbulan tak buang. Tak mengaku dosa masuk api neraka.
Ubatan surgery yang dibuat pada satu badan. Sendiri pakai, sendiri fitnah orang lain punya. Sampai tahap macam tu ya,” tulisnya. Jofliam juga memuat naik beberapa visual barangan yang telah dikemas termasuk pakaian dalam, pinggan mangkuk dan peralatan dapur. “Pengotor gila ni kalau satu Malaysia tahu perangai pengotor ni, hilang terus imej konon ‘isteri paling suci’ paling sempurna. Dah berpisah ni, ada pasangan baru nanti ubahlah perangai jadi lebih baik. Kesian kat suami…” tuliskan pada kapsyen video dalam satu hantaran mesej WhatsApp.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.