ISTERI pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri mendedahkan suaminya itu sudah banyak kali melafazkan talak terhadapnya. Bagaimanapun selepas perkara itu dirujuk ke mahkamah, Edika, 58, tidak mengaku akan perbuatannya itu malah sanggup bersumpah. Disebabkan itu juga, Hidayah berkata, dia mengambil keputusan untuk meneruskan dengan permohonan cerai.
“Memang saya buat permohonan cerai tetapi ini bukan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak yang dibuat banyak kali. Disember tahun lalu saya ada memfailkan kes pengesahan lafaz cerai tetapi Edika menafikan semuanya. Dia turut mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu dan disebabkan itu saya teruskan dengan permohonan cerai,” katanya.
Hidayah mendedahkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu selepas prosiding permohonan cerai selesai. Sementara itu, anak sulung Hidayah dan Edika iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, yang turut hadir menemani ibunya berkata, perceraian merupakan jalan terbaik buat ibu dan ayahnya. “Selagi saya masih hidup saya boleh jaga dia (ibu). Tiada apa yang boleh saya cakap saya rasa jalan ini yang terbaik buat ibu dan ayah saya.
Kedua-duanya akan kurang tekanan dan saya pun sudah biasa dari kecil (jaga ibu) jadi untuk saya tiada beza,” ujarnya. Hidayah memfailkan cerai terhadap Edika pada pertengahan Februari lalu dan kes itu akan disebut semula pada 5 Mei ini. Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan selain Fardeen mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Fareena Nurulhaq, 20 tahun.
Hidayah juga memiliki seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nazirul Afiq, 27 tahun. Untuk rekod, Hidayah mengalami lumpuh separuh badan akibat demam panas sejak 19 tahun lalu. Sumber: Mstar, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.