Ada warganet komen imej nampak murah sebab pakai baju nampak singlet, sekali ini pula respon dari Intan Najuwa

Advertisements
Advertisements

Penampilan anggun pelakon jelita, Datin Intan Najuwa yang berbusana kurung moden rona hijau baru-baru ini telah menjadi perhatian pengguna media sosial. Menerusi ruangan komen perkongsian tersebut, ramai memuji gaya elegan dan pemilihan warna yang menaikkan seri pelakon berusia 26 tahun itu. Namun, dalam ratusan pujian yang diterima, muncul juga komen negatif daripada seorang individu yang mempertikaikan penampilan pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu.

“Komen netizen: Nampak singlet terus nampak gaya cheap.” Tidak berdiam diri, Intan tampil memberikan respon dan menjelaskan bahawa baju yang digayakan itu sememangnya datang dengan satu set lengkap termasuk bahagian dalam yang dikatakan seperti singlet itu. “Komen Intan: Baju bahagian dalam tu dah sekali dengan kurung sebagai satu set.” Intan turut menasihati individu tersebut agar tidak sewenang-wenangnya menilai penampilan seseorang, apatah lagi dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan.

“Tolong jangan suka hati cakap perempuan lain nampak murah, itu sangat biadap.” Respon Intan itu bagaimanapun menerima sokongan ramai netizen yang memuji keberaniannya bersuara dan menegur individu terbabit. Rata-rata warganet juga akui kurang bersetuju dengan tindakn individu terbabit dan berharap agar budaya meninggalkan komen negatif dapat dihentikan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version