Sebagai tanda mengingati pemergian, Noorkhiriah luah rasa terkejut suami hadiahkan set kain kafan sempena ulangtahun hari jadi ke 47

Advertisements
Advertisements

Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa terkejut apabila suaminya, Azfaizul Ahtan menghadiahkan set kain kafan sempena ulang tahun kelahiranya yang ke-47. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Noorkhiriah atau nama lengkapnya Nookhiriah Ahmad Shapie, dia bagaimanapun menerima pemberian insan tersayangnya yang diikat dengan reben berwarna merah dengan hati terbuka.

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami. Siap dengan riben. Saya terima,” ujarnya. Dalam pada itu, dia menganggap hadiah set kain kafan itu sebagai tanda mengingati kepada pemergian yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia di muka bumi ini. “Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur. Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelasnya.

Sekadar info, Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version