Pandemik temukan mereka, Neelofa tampil kongsikan detik pertemuan dengan Pu Riz lima tahun lepas

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Noor Neelofa berkongsi detik pertemuan bersama suaminya, Haris Ismail pada lima tahun lepas. Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan berusia 36 tahun berkata dia mula berbual dengan Haris semasa COVID-19 melanda seluruh negara pada awal tahun 2020. Menceritakan kembali, Neelofa berkata dia pernah bertemu dengan Haris beberapa tahun yang lepas namun tidak pernah bertegur sapa. Klik sini untuk lihat video.

“Ketika itu dah seminggu Ramadan, tetapi tidak sembahyang tarawih sebab masa itu lockdown, kemudian tiada pengisian Ramadan. Jadi saya pun telefon kenalan saya, tanya ada tak yang boleh datang jadi imam dekat rumah? Saya ada hubungi seorang ustaz ni tapi dia sibuk, jadi kenalan saya cakap ‘cuba telefon PU Haris’. Sebelum ini pernah ada berapa sesi events dan event terakhir adalah sebelum COVID lebih kurang dua tahun macam itu. Kemudian, jumpa semula pada tahun 2020.”

Kata usahawan Naelofar itu, detik pertemuan itu juga menjadi titik perubahan buat suaminya yang pada ketika juga sedang mencari jodoh. “Ia juga menjadi titik perubahan untuk Haris sebab dia salah seorang terawal yang kena pergi Hospital Sungai Buloh. Dia kena COVID masa pergi masjid. Haris cakap masa dekat hospital tu dekat katil dah ada kain kafan. Setiap hari ada orang meninggal. Disebabkan itu, dia tengah mencari kemudian terjumpa dengan saya. Saya pun pada ketika itu sedang mencari.”

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version