Selepas sebulan digantung tugas, tiga penyampai radio kembali bersiaran

Advertisements
Advertisements

Tiga penyampai radio Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin kembali bekerja hari ini selepas sebulan digantung tugas gara-gara isu mempersendakan agama, sebelum ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen berkenaan di laman Instagramnya, dapat dilihat Nabil, Radin dan Azad yang masing-masing segak berpakaian baju Melayu menunaikan solat subuh bersama sebelum bersiaran di konti. Klik sini untuk lihat video.

“Antara benda yang geng 3 Pagi Era rindu, solat subuh berjemaah bersama-sama. Semoga persahabatan mereka terus kekal sampai syurga,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tiga penyampai tersebut kembali menceriakan pagi pendengar yang sudah lama merindui telatah serta gelagat mereka.

Dalam pada itu, ada juga peminat menitipkan nasihat kepada Nabil, Radin dan Azad untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam apa-apa tindakan dan berharap mereka belajar dari kesilapan lalu. Terdahulu, tular di media sosial berkenaan tiga penyampai radio stesen swasta yang digantung tugas apabila didakwa mempersendakan agama dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Susulan kejadian tersebut, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version