Sosok yang memerdekakan suara rakyat, Ds Anwar Ibrahim kenang jasa dan bakti Allahyarham Pak Lah

Advertisements
Advertisements

PM Anwar menyifatkan allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai sosok yang memerdekakan suara rakyat. Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu mengakui terkejut dengan berita yang baru sahaja didengarkan. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di media sosial, Anwar mengenangkan semula detik beliau menziarahi allahyarham yang sudah uzur di kediamannya.

“Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba. Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam,” tulisnya. Anwar juga menyatakan bahawa Allahyarham Pak Lah adalah seorang yang begitu menenangkan dalam kancah politik dan merupakan insan yang cukup berjiwa besar dalam segala aspek.

“Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia. Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembanganunan dengan nilai. ‘Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.

Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan,” tulisnya lagi. Susulan daripada itu, Anwar telah menyampai salam takziah kepada keluarga Pak Lah dan menyedari bahawa Malaysia pastinya sangat bersedih dengan pemergian negarawan yang cukup berbakti kepada Malaysia.

Di akhir ucapannya, beliau menyatakan bahawa Malaysia banyak terhutang budi kepada allahyarham dan mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version