Tindakan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang meminta kambing peliharannya untuk memberi ulasan atau ‘review’ terhadap produk jeruk mangga yang dijual mencuit hati wargamaya. Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff dilihat sedang mempromosikan produk tersebut kepada pengguna media sosial. Namun, tindakan spontannya yang menyuap jeruk ke dalam mulut seokor kambing yang diberi nama Tasya mengundang gelak tawa warganet. Klik sini untuk lihat video.
Lebih menghiburkan apabila kambing itu telan kesemua jeruk tersebut tanpa memberi sebarang reaksi pelik. Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan berasa terhibur dengan gelagat lucu usahawan itu. “Noh, dia suruh kambing review dan jual pula, lucu la Datuk.” “Lepas ni mesti Tasya kena jual handbag pula.” “Semua ahli keluarga dah pernah promote, kali ini kambing dia pun dah tak selamat, haha.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.