Bakal tamatkan zaman bujang bulan depan, Eyka Farhana luah rasa teruja dan berdebar

Advertisements
Advertisements

Pelakon Eyka Farhana mengesahkan, dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, awal bulan depan. Kata Eyka atau nama penuhnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Selain itu, majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi tarikh sebenar majlis pernikahan kami atas beberapa sebab tertentu. Namun, setakat ini segala persiapan berjalan lancar. Saya mohon doa daripada semua, terutama para peminat, agar segala urusan majlis nanti dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, dia yang kini berusia 30 tahun bersedia untuk bergelar isteri dan melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.

“Sudah tentu saya berdebar dan teruja menantikan saat bergelar isteri. Tambahan pula, kami sudah lama berkawan dan saya rasa inilah masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya. Sebelum ini, tular di media sosial sepotong video pendek memperlihatkan Eyka diraikan dalam sebuah parti bujang,  ditemani rakan-rakan terdekatnya seperti  Mimi Lana, Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Amelia Henderson.

Untuk makluman, Eyka dan Akhyar telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version