Sebagai cara meraikan perkahwinan kedua, Jofliam gelak tengok hampir 8k wasap sebab nak pizza percuma

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh, Jofliam bakal mengagihkan pizza wagyu milik perniagaannya secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinan keduanya bersama isteri tercinta, Emira Delyati Dewi baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), usahawan pizza wagyu itu menggantikan majlis perkahwinan dengan menyediakan beberapa jenis makanan untuk pengikutnya secara percuma.

“Saya tidak buat majlis, mungkin ini cara saya. Asalkan orang datang, makan dengan gembira sudah mencukupi. Doakan saya, isteri dan keluarga saya. Menu pizza saya masih fikir, saya akan sediakan dua ke tiga jenis menu.” Dalam pada itu, Jofliam hanya mengharapkan doa dari orang ramai buat keluarga kecilnya agar sentiasa diberkati. Berkongsi lebih lanjut, Jofliam menerima hampir 9,000 mesej daripada pengikut untuk menerima pizza wagyu secara percuma.

“Tadi 5,000 sekarang dah 8,000. Goodluck guys. Goodluck juga untuk saya untuk scroll satu-satu.” Untuk rekod, Jofliam dan Dewi selamat menjadi suami isteri yang sah pada 5 April, minggu lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version