Pelakon versatile, Zamarul Hisham mengaku keadaan kesihatannya kini bertambah baik. Kata Zamarul, selepas melakukan rawatan jantung banyak pantang larang yang perlu dipatuhi termasuklah menjaga pemakanan, berhenti merokok dan perlu mengambil ubat-ubatan setiap hari. “Sekarang ni nak kata kesihatan saya seratus peratus okay, tidaklah. Macam tengah premier tadi pun saya sesak nafas juga.
“Sebab selalunya bila kita buat angiogram dan sten kita kena jaga makan, kita kena berhenti merokok dan banyak lagi pantang. Jadi biasalah masa dekat unit rawatan rapi (ICU) memang lah kita nak berpantang tapi bila keluar tu lain pula jadinya lebih lagi bila Hari Raya ni. Sekarang ni memang saya bergantung pada pengambilan ubat. Selepas dibenarkan keluar hospital saya perlu makan tujuh jenis ubat, tapi sekarang sudah tinggal lima jenis ubat saja.
Sekelip mata sahaja Allah beri teguran dan teguran itu sebenarnya setiap orang lain-lain cara teguranNya dan saya bersyukur kerana ia semakin beransur pulih,” kongsinya. Zamarul atau nama penuhnya, Zamarul Hisham Mohamed, 54, berkongsi mengenai perkara itu usai Tayangan Perdana Filem Blood Brothers: Bara Naga yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.
Ketika disoal mengenai respons keluarga terhadap keadaan yang menimpa dirinya pada ketika itu, Zamarul mengaku isterinya yang juga pelakon, Diana Rafar antara yang bertanggungjawab menguruskan segala keperluannya pada masa insiden tersebut berlaku. “Macam Diana dia ni memang bionic women, masa berlaku dekat Port Dickson tu memang dia yang uruskan semuanya termasuklah pertukaran dari hospital di sana ke hospital Sunway dan macam-macam lagi dia uuskan termasuklah wartawan semuanya.
Bila balik rumah of course dia banyak menjaga pantang larang. Sebenarnya masa saya kena tu, saya tak berpeluh, tak ada sesak nafas, saya okay… steady sahaja. Cuma tangan saya sebelah kiri rasa sengal dan ‘tangkap’ dekat bahagian bahu dan masa tu saya minta orang picitkan. Cuma, dia okay sekejap kemudian datang semula. Rasa nak hanyut. Bila sampai dekat hospital Port Dickson doktor bagitahu jantung saya tak normal dan kemudian setengah jam selepas itu doktor bagi ubat cair darah.
Yang teruknya bila dah 10 saat tu, saya rasa mulut saya penuh air rupanya darah yang berketul tapi lepas itu dada saya rasa okay. Tapi itu membuatkan saya terfikir mengenai soal kematian. Bukanlah nak cakap saya ini terlalu jahat, tetapi pelbagai perkara mula bermain di fikiran padaketika itu,” katanya. Terdahulu, pada 5 Februari lalu, Zamarul telah dimasukkan ke ICU, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan sekitar jam 2 pagi akibat mengalami kesesakan nafas ketika berada di lokasi penggambaran.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.