PELAKON Azlan Komeng mengesahkan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz memfailkan fasakh terhadapnya pada Rabu lalu. Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia menghormati keputusan itu namun tidak akan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri. Kata Azlan, dia memohon agar diberikan ruang menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dan akan berkongsi mengenainya apabila tiba masa sesuai. “Saya tidak akan melepaskan isteri kerana mempunyai alasan tersendiri dan belum masanya saya kongsi sebabnya.
Apa boleh saya beritahu setakat ini, saya mohon kesabaran daripada pihak tertentu untuk diberi ruang dan masa. Saya tahu apa saya usahakan insya-Allah bila sampai waktu tepat akan saya kongsikan dengan anda semua,” katanya. Azlan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Dalam pada itu, Azlan turut memberitahu dia masih menyayangi Nilam dan berharap agar isterinya itu bersabar.
Ujar Azlan, dia yakin persengketaan di antara mereka ini dapat diselesaikan dengan baik. “Kepada isteri saya Noor Nilam, abang (panggilan Azlan) harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk abang selesaikan apa yang perlu abang buat. Macam mana pun, abang tetap sayangkan awak. Awak adalah individu sangat penting dalam hidup abang.
Abang tak mampu berkata lebih hanya berharap awak dapat bersabar insya-Allah abang akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu yang boleh. Insya-Allah akan ada jalan yang terbaik,” ujarnya. Pada Rabu, kehadiran Nilam, 45, ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor mengundang tanda tanya orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam dilihat mengenakan jubah dan tudung serba hitam dilihat berjalan bersendirian di perkarangan mahkamah. Pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi. Perkara itu didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.