Dari pukul 6 pagi dah masuk dapur, ramai yang puji Bella Astillah sebab sanggup masak sendiri untuk rumah terbuka YB Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menyediakan pelbagai jenis juadah sempena rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq. Menerusi sesi live di TikTok Team Saddiq, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, meluahkan rasa kagum melihat kerajinan dan kesungguhan ibu kepada dua anak itu. Difahamkan, Bella mula memasak seawal jam 6 pagi sehingga 12:30 tengah hari sebelum rumah terbuka berlangsung di kediaman Saddiq di Kuala Lumpur. Klik sini untuk lihat video.

“Bella masak dari 6 pagi tau, dia pergi ke dapur masak dari A sampai Z. Saya dan Jack tukang habiskan lauk. Selalu saya tolong tapi pagi tu saya pergi joging. Saya pun rasa kasihan dekat Bella, saya dah cakap nak ambil katering tapi Bella nak juga masak. Itulah dia, wanita luar biasa Bella.” Antara menu yang dimasak sendiri oleh Bella termasuklah sambal udang, makaroni, sayur campur, ayam masak merah dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan.

Lebih mengagumkan, sebelum sempat acara selesai, Bella terus bergegas ke set penggambaran. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi kebolehan penyanyi itu yang dilihat begitu rajin dan tidak pernah mengeluh. “Baiklah terima kasih YB sebab beritahu kami semua Bella masak..terharu sangat.” “Hebatnya Bella masak begitu banyak dari A to Z bak kata YB. Kalau tak sayang juga tak tahu lah tu kan. YB kena faham-faham sendiri la ya.”

“Hanya orang yang suka dan minat memasak je yang tahu satu kepuasan dapat jamu orang makan dengan air tangn sendiri.” “Sekarang itulah wanita luar biasa Bella” akan datang, “itulah wanita luar biasa SAYA”. Bella sememangnya sering menjadi perhatian bukan sahaja kerana bakat dalam dunia hiburan, tetapi juga kerana keperibadiannya yang disenangi ramai.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version