Satu kehilangan yang besar untuk negara, Tan Sri Hadi Awang menyifatkan Pak Lah seorang tokoh yang tenang, berhemah dan bawa kesederhanaan

Advertisements
Advertisements

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang tokoh yang tenang, berhemah dan juga membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya. Menerusi hantaran beliau di media sosial, Abdul Hadi telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu dan mengakui bahawa khabar duka itu merupakan satu kehilangan cukup besar kepada negara terutamanya sejarah kepimpinan Tanah Air.

Jelas beliau, Tun Abdullah dikenang sebagai seorang tokoh yang cukup tenang, berhemah serta sangat mementingkan kesederhanaan dalam pentadbiran yang diketuai ketika menjawat jawatan dalam kabinet pentadbiran negara. “Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam sejarah kepimpinan tanah air.

Tun Abdullah dikenang sebagai seorang tokoh yang tenang, berhemah dan membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya.” tulisnya. Susulan daripada itu, beliau mendoakan agar Allah S.W.T mencucuri roh allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sekadar info, Pak Lah telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam semalam selepas dimasukkan ke Insititut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh menantunya, Khairy Jamaluddin di media sosial dan menyatakan allahyarham pergi dalam keadaan tenang. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version