Kagum dengan penghijrahan Tya Adnan, warganet puji Shukri Yahaya sebab berjaya didik isteri

Advertisements
Advertisements

HADIR menemani suami, kemunculan isteri pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menjadi tumpuan ramai. Mengenakan jubah hitam lengkap berniqab, ramai memuji penampilan Tya ketika hadir ke tayangan perdana filem Blood Brother: Bara Jiwa pada Isnin lalu. Malah tidak kurang meluahkan rasa kagum dengan perubahan Tya selepas wanita itu memilih mengubah penampilannya dengan memakai niqab sejak Februari tahun lalu

Peminat turut memuji Shukri yang memuat naik gambar isterinya di Instagram dengan meletakkan sticker bagi menutup mata Tya. Pun begitu, ramai tetap memuji seri wajah Tya sebagai wanita muslimah sejati. “Kagum betul dengan penghijrahan Tya. Bertutup litup masih nampak cantik dan auranya. Semoga pasangan ini kekal bahagia.” “Walau bertutup litup, semuanya hitam, mata pun tertutup tapi bila tengok nampak cantik. Tak tahu nak jelaskan bagaimana.” “Luar biasa. Tak semua suami hebat didik isteri jadi solehah bidadari syurga,” komen peminat. 

Shukri berkongsi gambar mereka bersama di Instagram miliknya ketika menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.  Selain isteri, Shukri juga ditemani oleh ibunya. “Satu yang lahirkan aku dan satu yang lengkapkan aku. Terima kasih Mak dan isteri,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Sebelum ini Shukri pernah pernah berkongsi tentang perubahan isterinya itu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah tahun lalu. 

Tentang filem Blood Brother: Bara Jiwa, Shukri memegang watak sebagai Fadlan yang mempunyai kisah tersendiri.  Filem berkenaan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Selain Shukri, pelakon lain yang turut terlibat adalah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifli, Andy Teh, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham. Ia mula ditayangkan pada 10 April.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version