Pelakon popular, Datin Rebecca Nur Al-Islam, tampil mempertahankan diri selepas mendakwa difitnah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya, usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Rebecca menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan bersumpah bahawa dia tidak pernah terlibat atau tahu menahu tentang wang berkenaan.
“Hati-hati dengan fitnah dunia. Saya sumpah demi nama arwah Allahyarham ayah saya dan demi nama ibu saya, saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah. Silap saya hanya hari tu apa bila saya di trigger dengan video dari pihak sana, lalu saya melakukan video balas dengan menjawab balik point-point yang mengatakan saya mencari publicity murahan.”
Dakwa Rebecca, segala tohmahan itu timbul selepas pihak keluarga Rozita membuat sesi siaran langsung dan menjadikan isu berkenaan sebagai satu bentuk konten. “Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan. Tapi kemudian, saya terkejut saya pula difitnah pihak sana dengan RM1.5 juta semasa mereka membuat siaran langsung.
Yang ni mungkin pada mereka sekadar konten tapi tak kelakar ya melibat kan perkara sebegini! Kerana satu Malaysia pula ingat saya dapat RM1.5 juta dari kakak ipar saya iaitu Puan Bonda Rozita Ibrahim.” Tambahnya lagi, perkara tersebut bukan satu isu remeh dan telah memberi kesan besar terhadap maruah dan nama baik dirinya serta keluarganya.
“Demi nama Allah dan Rasulullah, saya tidak pernah dapat sesen pun duit apa apa dan perkara ini perlu saya tegaskan di sini demi menjaga nama saya dan nama keluarga saya. Pada saya benda ini bukan main-main, ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga saya kena. Demi nama Allah, RM1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang perbualkan itu hanya sekadar konten geram dari pihak sana untuk malukan saya ketik isu sedang panas.”
Dalam pada itu, Rebecca berkata dia telah mendapatkan penjelasan daripada abangnya berhubung isu tersebut dan dia dimaklumkan bahawa Rozita Ibrahim berjanji untuk menjernihkan keadaan. “Saya sudah bertanyakan perkara ini kepada Abang Long saya dan dia memberitahu isterinya. Isterinya berjanji akan clearkan nama saya serta keluarga saya mengenai “Fitnah Content” dari pihak isterinya. Saya percaya InsyaAllah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya dan keluarga.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.