Tindakan seorang insan istimewa dikenali sebagai Sarjan Alang telah mendapat perhatian ramai susulan ada gesaan yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap tindakannya yang melakukan sekatan jalan raya. Susulan laporan daripada warganet berikutan bimbang akan keselamatan individu dan pengguna jalan raya, pengguna Facebook dikenali sebagai Eone Psyco telah memuat naik hantaran menjelaskan keadaan Sarjan Alang ketika ini.
Ujarnya, pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kerap tular berpakaian seperti pihak berkuasa telah dipanggil polis selepas ada individu yang membuat laporan. Jelasnya, mereka diminta untuk memberikan keterangan dan seragam dan kelengkapan Sarjan Alang telah dirampas pihak polis.
mula hari ini mungkin tiada lagi melihat kelibat Sarjan Alang membuat roadblock di Meru atau di mana-mana sekalipun. Kami dan Sarjan Alang telah dipanggil oleh pihak polis siang tadi untuk memberikan keterangan mengenai video yang tular baru-baru ini. Baju seragam polis dan semua kelengkapan baju yang dia pernah pakai sebelum-sebelum ini telah dirampas dan tindakan sudah pun diambil,” tulisnya.
Dalam pada itu, Eone Psyco turut meminta maaf kepada orang ramai diatas perkara tersebut dan berharap orang ramai untuk sama-sama mengambil berat dengan individu berkenaan agar dapat menariknya ke tepi jika dia membuat sekatan jalan raya lagi. “Susulan itu kami juga memohon maaf kepada anda semua dan seribu kali ucapan terima kasih kepada yang mengambil berat tentang Sarjan Alang.
Harap selepas ini bila nampak dia buat roadblock tolong tarik ke tepi, bukan buat video untuk tular sehingga orang ramai mendesak PDRM supaya lakukan tindakkan,” tulisnya. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tak henti memberikan sokongan kepada Sarjan Alang dan berjanji akan menciptakan karakter baru buat lelaki itu agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari lagi.
“Mungkin dia akan naik pangkat menjadi detektif pula,” katanya. Terdahulu, lelaki istimewa yang lengkap berseragam polis telah mencuri perhatian apabila tular videonya melakukan sekatan jalan raya dengan caranya sendiri sehingga ada sesetengah pihak kurang senang dengan tindakan yang dilakukan.
Sumber: Borak Daily. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.