Pelakon, Syafiq Kyle meluahkan rasa syukur apabila perkongsiannya sebelum ini yang memohon doa di hadapan Kaabah agar dijodohkan dengan isterinya, Mimi Lana dijadikan contoh oleh orang ramai. Tak berniat untuk riyak, pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, berkata, tujuan dia berkongsi mengenai perkara itu hanyalah mahu memuji kebesaran Yang Maha Esa. “Alhamdulillah apabila ada yang menjadikan itu sebagai satu contoh, lagi pula itu perkara yang baik
Apa pun yang terjadi semua ini bukan sebab saya tetapi sebab Allah. Usaha saya hanya kecil sahaja, tetapi kebesaran Allah yang lagi besar. Tujuan saya berkongsi apa yang saya buat adalah untuk meraikan kebesaran Ilahi. Tiada niat lain,” kata Syafiq. Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila perkongsian tersebut dipandang dari sudut positif.
“Saya lihat perkongsian saya itu diambil dengan sangat positif oleh orang ramai. Namun jika ada yang lihat dari sudut kurang baik, saya mohon maaf. Saya percaya, apa sahaja yang dibuat oleh manusia ada baik dan buruknya,” ujarnya. Terdahulu, Syafiq mendedahkan sepanjang 14 hari berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, dia sentiasa berdoa di hadapan Kaabah agar dijodohkan dengan Mimi.
Imbas kembali, Syafiq dan Mimi mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak. Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Mereka pernah membatalkan majlis pernikahan di saat akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023. Sumber: Gempak.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.