Dalam diam rupanya dah nikah, Sharifah Sakinah dah kembali bergelar isteri minggu lalu

Advertisements
Advertisements

Pelakon versatil, Sharifah Sakinah, 36, mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah kembali bergelar isteri dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di ibu kota, minggu lalu. Difahamkan, majlis yang serba sederhana itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis rapat sahaja.

Memetik laporan dari Harian Metro, Sakinah memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang dikenalinya sejak lebih empat tahun lalu. “Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi. Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya.

Difahamkan, dalam majlis akad nikah tersebut, pelakon yang juga adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini tampil anggun dalam persalinan serba putih bertemakan putih keemasan. Sekadar info, pernikahan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Sakinah memandangkan sebelum ini dia pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, kini berusia lapan tahun. Sakinah kemudian bernikah dengan jejaka Sweden, Michael Hansen pada 2021 namun bercerai penghujung 2023 tanpa cahaya mata. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version