Lebih utamakan kesihatan mental, Alya Iman akui kini berada dalam fasa malas jaga badan

Advertisements
Advertisements

PELAKON Alya Iman mengakui dia kini berada dalam fasa malas untuk menjaga berat badan kerana lebih mengutamakan kesihatan mental.  Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, bagaimanapun berkata dia akan kembali mendapatkan berat badan ideal seperti sebelum ini bagi menjayakan sebuah drama akan datang.  “Sekarang ini orang nampak saya bahagia sebab tengah gemuk. Saya naik berat badan sebab sekarang ini memang malas nak jaga. Saya lebih utamakan kesihatan mental. 

Sebab tahun lepas saya sudah lalui banyak perkara sehingga tidak menjaga mental saya. Jadi, tahun ini saya fokus itu sahaja dan ketepikan berat badan. Dan sebenarnya saya lebih memilih badan yang sekarang. Namun saya memang kena jaga badan semula sebab projek yang seterusnya memang minta saya untuk kurus. Jadi saya kena turunkan berat badan,” katanya

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version