Pelawak Yassin Senario akhirnya membuka mulut mengenai penahanannya di Jeddah seperti yang tular sebelum ini. Kata Yassin ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Apek Senario menerusi Darkcast Youtube, pelawak itu menjelaskan penahanannya di Jeddah bukanlah disebabkan penggunaan bahan terlarang sebaliknya hanya salah faham yang berlaku melibatkan pihak berkuasa di sana. “Ni saya nak cerita, sebelum saya berlepas, saya kan seorang perokok jadi bila saya nak merokok tu saya tengah fikir pasal benda tu, jadi saya beli rokok kertas dan ‘grinder’ sebab tak nak fikir masalah tu dekat sana (Jeddah)
So, masa perjalanan ke airport tu lancar lagi, nak dijadikan cerita di Jeddah lapan jam perjalanan, masa tu transit 2 jam bersama dengan jemaah-jemaah, beg hand carry saya ada dokumentasi dan buku-buku. Masa saya letak dekat bag scanner tu pihak kastam nampak sesuatu dekat beg saya dia terus suruh buka. Dia kemudian pegang grinder yang mempunyai lambang Marijuana kemudian dia terus selongkar dan dia bawa saya ke bilik.
Bila tindakan pihak sana seakan mengaitkan saya dengan bahan terlarang itu, saya minta mereka buat ujian air kencing. Kemudian saya dibawa ke pejabat polis dan saya dibawa ke balai Jeddah. Masa tu beg saya semua diambil dan saya dimasukkan ke sel untuk kes barang terlarang. Kalau pasal lambang jadi isu saya dah ditahan dekat Malaysia. Tapi saya zikir dan minta tolong pada Allah,” katanya.
Mengulas lanjut Yassin mengaku khilaf apabila tidak berkesempatan mengikuti kursus umrah dengan tepat sebaliknya hanya belajar menerusi Youtube. “Kesilapan saya adalah saya terlepas pandang, Saya tiada rujukan (barang apa yang boleh bawa dan tak boleh),” jelasnya. Bagaimanapun, menganggap ini adalah pengajaran dan pengalaman paling berharga, Yassin bersyukur kerana akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.
“Kesan dia tu memang tak percaya saya boleh kembali pulang ke Malaysia. Apapun terima kasih kepada Tuhan kerana bagi saya pengalaman paling berharga dan belajar dengan mereka yang berasal dari 13 negara. Masa sampai tu, saya memang nak jumpa isteri dan anak-anak saya, ibu saya. Cuma saya sedikit kekok berbahasa Melayu ketika berjumpa imigresen. Alhamdulillah, saya dapat bekerjasama dengan konsulat di sana. Dan, saya sekarang adalah pasport kecemasan kerana saya datang sehelai sepinggan memandangkan segala dokumentasi dan pasport ditinggalkan di sana,” kongsinya.
Sumber: Xtra, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.