Isteri kepada pempengaruh, Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza mendedahkan dirinya dihujani dengan fitnah dan tanggapan negatif daripada warganet. Tidak berdiam diri, Dr Amalina menerusi hantaran di TikTok, tampil mempertahankan dirinya selepas difitnah mula menjalinkan hubungan ketika Andika masih berstatus suami orang. “Ramai yang komen saya kenal Andika sudah lama sebelum berpisah dan ada yang kata saya penyondol. Klik sini untuk lihat video.
Ada warganet yang komen dan DM (direct message) saya adalah doktor yang merawat mata Alisha dan berkenalan dengan Andika ketika itu. Itulah fitnah di media sosial dan perkara ini sudah memberi satu perspektif buruk terhadap saya dan Andika.” Menurut Dr Amalina, mereka mula berkenalan selepas pempengaruh berusia 28 tahun itu bercerai dengan bekas isterinya. “Kami kenal pada bulan Mei 2024 iaitu lima bulan selepas Andika berpisah.
Saya sudah jelas dengan status Andika dan ketika itu saya difahamkan semuanya sudah selesai.” Justeru, Dr Amalina memohon agar orang ramai tidak lagi mencetuskan dakwaan terhadap mereka demi kesejahteraan semua. “Tentang Old Money style pula, saya cuma nak tegur dia tak ada kaitan pun dengan yang lepas, itu antara kami sahaja. Saya cuma nak ubah dia jadi lebih baik dan tak boros berbelanja.
Saya pasti pihak sana pun tak suka dikaitkan atau disebut lagi. Jadi untuk kebaikan semua, sudah-sudahlah mengaitkan dan melagakan kami. Dia pun sudah bahagia, kami pun gembira dengan hidup kami.” Untuk info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina. Difahamkan, Andika dan bekas isteri, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember 2023.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.