Nak anak berbintikan nama bapa, Fara Salleh minta Shuk Sahar beri kerjasama uruskan pendaftaran nikah

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak kontroversi, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memberitahu dirinya kini sedang menguruskan pengesahan pernikahan mereka sebelum boleh diteruskan dengan permohonan pengesahan lafaz cerai. Menurut Fara, pengesahan pendaftaran untuk kedua-dua perkara itu sangat penting demi masa depan cahaya mata sulungnya yang bakal dilahirkan pada Jun depan. Disebabkan itu, Fara berharap Shuk dapat memberi kerjasama dengan baik supaya segala proses dipermudahkan.

“Saya kena buat pengesahan pendaftaran sebab anak kami nanti tidak boleh bin atau binti dia (Shuk). Memang kami sudah rasmi berpisah cuma sekarang saya dalam fasa pendaftaran, sebab nak atau tak nak, saya mahu anak saya berbinti bapanya jadi saya kena selesaikan pendaftaran dulu dan kemudiannya baru saya selesaikan pengesahan cerai. Saya ada bukti lafaz dan saya kena ke mahkamah untuk sahkan. Saya sendiri dihubungi agen di Satun, Thailand, yang mengatakan suami saya mahu membuat lafaz cerai, jadi dia tanya setuju atau tak dan saya setuju sebab memang kami rancang nak cerai.

Cuma saya tak sangka dia akan lepaskan saya dengan cara macam itu. Kalau betul kata matang, mestilah tahu adab berpisah, jumpalah keluarga dan berbincang. Saya ada terkilan dan kesal di situ.” Fara berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka mStar Terbaek Raya yang diadakan di Rumah Agam, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Berkongsi lanjut mengenai proses perpisahan, Fara berkata, sebelum ini pihak mahkamah sudah menetapkan tarikh bagi proses pengesahan pendaftaran, bagaimanapun Shuk tidak hadir. “Dia tidak hadir sebelum ini, jadi sudah melambatkan proses. Saya rugi masa dalam sebulan lebih. Jadi ada tarikh seterusnya untuk kami ke mahkamah dan saya sudah beritahu dia menerusi orang tengah, yang mana dia perlu datang pada tarikh sekian.

Saya katakan dia datang sekali saja cukuplah sebab untuk pendaftaran ini kalau dia datang sekali pun sudah cukup. Yang lain tak mengapa, saya uruskan.” Sementara itu, disoal mengenai kesihatan diri, Fara bersyukur dia dijaga dengan baik oleh keluarga. Malah, mengakui emosi serta perkembangan kandungannya juga baik. “Alhamdulillah saya sihat dan usia kandungan saya sekarang adalah tujuh bulan dan seminggu.

‘Baby’ okay dan keadaannya juga okay, cuma keadaan saya saja kerana apabila ‘baby’ makin membesar, buat saya senang semput kerana saya ada masalah jantung. Aktiviti dan pergerakan saya agak perlahan sekarang. Emosi pula, ada masanya saya sedih, tipulah kalau saya kata tak sebab emosi tak menentu tapi kebanyakan masanya saya okay.

Cuma saya tak boleh berseorangan. Jadi saya selalu ditemani oleh adik perempuan saya dan saya juga tinggal bersama emak ayah saya. Mereka yang selalu ada dan menjaga saya.” Sebelum ini, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023. Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version