Tular gosip berpisah sebab orang ketiga, Chazynash tampil jawab tuduhan warganet

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas timbul dakwaan perpisahannya dengan bekas isteri, Fatin Morat berlaku disebabkan orang ketiga. Menerusi Instagram (IG), Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa perpisahanya berlaku disebabkan oleh ketidaksefahaman dalam perkahwinan.

“Memandangkan dah jadi makin merapu, saya ingin membuat penjelasan berkenaan isu yang sedang tular di Threads melibatkan diri saya. Untuk makluman, tiada orang ketiga yang terlibat dalam perpisahan saya bersama Fatin Morat. Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Kami sah berpisah pada Januari 2025.

Sepanjang tempoh idah, saya dan Fatin menjaga batas dan saling menghormati perasaan masing-masing.” Menjawab mengenai dakwaan dirinya berlaku curang, pempengaruh berusia 36 tahun itu memaklumkan dirinya hanya mula berkenalan dan rapat dengan seorang wanita beberapa bulan selepas berpisahan. “Berkaitan dengan Threads yang sedang tular itu, ingin saya jelaskan bahawa saya mula berhubung dengan individu berkenaan hanya bermula beberapa bulan selepas perpisahan dan menjadi lebih rapat sejak Mei.”

Di akhir perkongsian, Chazynash memaklumkan dia dan Fatin masih menjaga hubungan baik selepas berpisah demi kebajikan anak-anak mereka. Chazynash turut berharap orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tidak betul mengenainya di mana-mana platform media sosial. “Saya dan Fatin Morat sudah pun berbaik-baik demi keharmonian anak-anak, jadi janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih atas keprihatinan dan hormat anda.

Saya juga ingin menegaskan kepada semua pihak, termasuk akaun palsu, agar berhenti menyebarkan cerita tidak berasas itu. Saya mohon agar semua pihak menghentikan penyebaran & menokok tambah cerita yang tidak benar itu. Sekiranya ada sebarang ketidakpuasan, kami terbuka untuk berbincang secara bersemuka. Saya mohon agar segala tohmahan dan spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik kami dihentikan segera.

Terdahulu, tular beberapa ciapan di aplikasi Threads yang mendakwa Chazynash berlaku curang sehingga menyebabkan perceraiannya dengan Fatin. Imbas kembali, Chazynash mengesahkan dia sudah berpisah dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di IG. Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version