Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Allah, Cik Epal doa moga berjodohan dengan lelaki sederhana dan tenang

Advertisements
Advertisements

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Murni Mahmud itu berkata dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan berkaitan jodoh. Bagaimanapun, dia berharap bakal pasangannya itu mampu membimbingnya dengan lebih baik supaya dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. “Selepas apa yang pernah jadi dalam hidup aku, kalau diberi peluang ada jodoh lagi, aku memerlukan lelaki yang “behind the scene”. Yang sederhana dan menenangkan.

Cuma jodoh ini kan rahsia Allah. Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Aku percaya Qada’ dan Qadar. Harap kalau ada jodoh lagi, itu lah jodoh yang terbaik. Pasangan yang boleh bersama ke syurga.” Mengulas lebih lanjut, bekas isteri kepada usahawan pizza, Jofliam itu berkata dia sering bersangka baik dengan Yang Maha Esa dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Aku selalu bersangka baik dengan Allah. Mungkin Allah jawab doa aku selama ni dengan cara yang aku tak jangka sebegini. Segala ujian yang aku dapat aku yakin ada hikmahnya.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version