Anak kepada usahawan sensai, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menafikan dakwaan dia pergi berhibur di kelab sempena menyambut ulang tahun kelahirannya. Jelas Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, lokasi tersebut adalah sebuah rumah tiada sebarang minuman keras dihidangkan. Klik sini untuk lihat video.
“Hi semua, sedikit penjelasan. Ini sebenarnya adalah sebuah rumah dan kami ada lampu, persembahan artis, DJ dan dihadiri oleh ramai orang. Ini bukan kelab malam dan tiada alkohol dihidangkan,” jelas Cik B. Video yang berdurasi selama 32 saat itu meraih perhatian dengan aktiviti sosial yang dipamerkan secara terang-terangan. Menjengah ke ruangan komen, meluahkan rasa bimbang dan memberi teguran kepada Cik B agar berhati-hati lebih-lebih lagi dalam pemilihan kawan.
“Kemain eh Cik B.” “Mana Cik B yang dulu” “Macam negara luar pulak dibuatnya.” “Tak perlu semua ni Cik B..kita ni hidup sementara..jgn nti Allah cabut nyawa kita dlm keadaan berpesta..jaga aib ibu bapa..rasanya kacak x mcm ni.” “Love it,tapi hati-hati dalam berkawan Cik B, jangan sampai orang ambik kesempatan pada kehidupan u, di sanjung bila perlu saja,” komen warganet.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.