Datang untuk minta kerja, Aliff Syukri luah rasa kagum dengan semangat Aiman tak kesah

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kagum terhadap semangat pempengaruh Aiman Tak Kesah dalam usaha mencari peluang pekerjaan meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga. Menerusi hantaran di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, memaklumkan bahawa Aiman telah datang kepadanya secara peribadi untuk memohon peluang pekerjaan demi mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga. Klik sini untuk lihat video.

“Satu saya nak puji, dia datang bukan nak meminjam duit tetapi minta diberikan peluang platform kepada dia supaya dia boleh ada kerja bagi mencari nafkah keluarga. Lelaki ni kalau rajin cari duit InshaAllah setiap hari akan ada makanan terhidang atas meja. Saya kasihan dengan Aiman sebab bantu menambah pendapatan, jadi saya beri peluang dia bekerja sebagai host.”

Dalam pada itu, Aliff turut mengakui bahawa sebagai seorang suami dan ayah, dia memahami tekanan yang dihadapi oleh Aiman apatah lagi melibatkan isu rumah tangga. “Waktu ni saya nampak dia happy sangat bersemangat sangat tapi bila habis live sahaja saya nampak dia down sangat. Hanya seorang lelaki yang bergelar suami sahaja faham apa yang dia rasa, biar video berbicara. Kita sebagai suami ni nak wanita yang lemah lembut yang memahami sahaja itu sudah cukup kan?”

Enggan menyentuh kemelut rumah tangga pasangan itu, Aliff menyerahkan segalanya kepada pempengaruh itu namun dalam masa yang sama, dia sempat menasihati Aiman untuk kembali bersatu dengan isterinya, Siti Jamumall. “Ikutkan saya selalu nasihatkan dia bersatu balik dengan wife dia. Tetapi daripada sudut seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah, saya faham Aiman mahukan yang terbaik dan berusaha sehabis baik untuk dia dan pasangan.”

Aliff turut menyeru orang ramai agar tidak terus menghukum Aiman, sebaliknya memberi sokongan. “Korang janganlah kecam-kecam dan cepat menghukum, kita semua ada komitmen. Lihat daripada sudut yang positif InshaAllah ada manfaat dan kesan yang lebih besar daripada itu. Kita semua belajar daripada kesilapan. Saya kagum dengan kesungguhan dia nak cari duit bagi kehidupan keluarga yang lebih baik.

Aiman masih muda mungkin ada tersalah dalam pencaturan, tetapi bukan pengakhiran dia.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version