Kerajaan Arab Saudi menyarankan semua pengendali jemaah haji agar melaksanakan sekatan keluar masuk atau ‘lockdown’ di khemah Arafah dan Mina susulan cuaca panas melampau yang boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius. Memetik laporan Astro Awani, langkah ini bertujuan melindungi jemaah daripada risiko strok haba, dengan tempoh sekatan dicadangkan selama enam jam iaitu dari 10 pagi hingga 4 petang.
Lembaga Tabung Haji Malaysia memaklumkan bahawa jemaah Malaysia disaran kekal berada di dalam khemah sepanjang tempoh tersebut, manakala khutbah Arafah akan disiarkan secara langsung menerusi skrin besar bagi memudahkan jemaah mengikuti tanpa perlu keluar khemah. Lebih 500 petugas haji Malaysia sedang bersiap siaga menghadapi operasi masyair pada 5 Jun nanti yang dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca mencabar. Petugas berperanan dalam pelbagai sektor termasuk logistik, perubatan, bimbingan ibadah dan makanan bagi memastikan kelancaran ibadah dan keselamatan jemaah.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.