WAJAH isteri pelakon Azlan Komeng berkemungkinan tidak akan kembali menjadi normal selepas menjalani operasi mengeluarkan silikon. Nur Nilam Ortiz, 45, berkata, susulan pembedahan itu hidung dan dagunya menjadi senget kesan daripada memasukkan dan membuang silikon pada wajahnya. “Sesiapa yang kata ini (konten) saya tak peduli. Doktor ‘buka’ hidung dan kikis (silikon) menyebabkan batang hidung saya senget.
“Doktor juga ‘buka’ dua hingga ke tiga inci dan kikis semuanya di bahagian dagu. Nampak lekuk dan tidak akan kembali normal. Mungkin muka saya tak akan jadi normal seperti sebelum (pembedahan plastik) dan semasa serta selepas dibuang (silikon). Saya bukan tambah tapi buang,” katanya. Nilam berkongsi perkembangan diri selepas enam hari menjalani pembedahan membuang silikon di TikTok miliknya.
Menerusi video yang dikongsi turut memaparkan wajahnya masih bengkak dan berjahit. Menerusi video yang dikongsi turut memaparkan wajahnya masih bengkak dan berjahit. Katanya, proses tersebut menyakitkan namun ia usaha dalam menjadi insan yang lebih baik. Nilam memberitahu buat masa ini wajahnya masih terasa sakit dan bengkak selain mengambil masa untuk sembuh.
“Seksa sangat! Saya tak kisah dianggap ini sekadar konten kerana saya cuba menjalankan tanggungjawab sebagai Muslimah yang baik. Cuma saya nak beritahu kalau kita kikis kologen, silikon ini akan terkikis dengan isi sekali. Jadi tengok sajalah macam mana selepas ini. Doktor kata prosesnya dua minggu tapi saya tengok ini mungkin ambil masa lama lagi kerana belum nampak reda lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk membuang silikon pada wajah dan tubuhnya. “Bila pakai kologen silikon ini tidak sama macam filler sekarang, yang sekarag boleh suntik untuk cairkan tapi zaman saya dulu dipanggil kologen silikon tak boleh disuntik untuk cairkan. Jadi siapa-siapa yang berniat untuk buang kena melalui proses pembedahan. Ini ramai tak mahu kerana dia akan jadi seperti saya,” tambahnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.