Suami perlukan teman hidup untuk jaga anak, Datin Shahida izinkan Dato Aliff Syukri kahwin lain jika ditakdirkan dirinya pergi dahulu

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lain sekiranya ditakdirnya dirinya ‘pergi’ dahulu. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Nor Shahida Mohd Rashid, 40, mengikhlaskan suaminya untuk berkahwin lagi kerana percaya Aliff memerlukan teman hidup dan seorang isteri untuk menjaga anak-anak.

“Kalau saya pergi menghadap illahi, saya ikhlaskan suami saya kahwin lain. Sebab dia perlukan teman, ada anak untuk dijaga dan perlukan kasih sayang seorang ibu.” Namun, dalam nada berseloroh, Shahida sempat memberi amaran sinis kepada suaminya agar melupakan sebarang niat untuk berlaku curang sekiranya dia masih hidup. “Tapi kalau aku hidup lagi Aliff Syukri, kau buat perangai kau siap. Kau tak kenal kiri kanan nanti.”

Bagaimanapun, Shahida berpendapat bahawa realiti masyarakat hari ini, di mana kebanyakan lelaki cenderung untuk berkahwin semula selepas kehilangan pasangan. “Memang ada lelaki yang tak kahwin tapi jarang lah kita tengok. Kebanyakan akan berkahwin, mungkin sebab faktor dah terbiasa berteman dan sebagainya. Contoh kalau suami saya pergi menghadap illahi suatu hari nanti, mesti akan ada lelaki yang datang sebab saya ni janda kaya. Yang datang pula bukan betul sayang saya tapi sebab duit.”

Menyentuh soal godaan dan keikhlasan dalam perhubungan, Shahida akui masih wujud cinta yang tulus, namun ada juga cinta berlandaskan duit. “Ramai je perampas dekat luar sana, asal berduit je. Ada je duit, orang datang dekat kau. Yang tak berduit pun orang sondol, apatah yang berduit ni. Tapi banyak juga cinta yang ikhlas dan tak mengenal usia tapi jaranglah.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version