Anak baru berusia 5 bulan, Intan Najuwa kongsikan dah melatih Imane Lunara tidur sendiri

Advertisements
Advertisements

Baru menganjak usia lima bulan, pelakon, Datin Intan Najuwa sudah mula melatih anaknya, Imane Lunara untuk tidur sendirian. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Intan berkongsi sedang membiasakan anaknya untuk tidur sendirian namun masih lagi dibawah pemantauan rapi jururawat dan pengasuhnya. “Hari kedua melatihnya tidur di atas katilnya sendiri. Saya bangga dia tidur sendiri di katilnya sekarang.

“Selimutnya akan diambil apabila saya tidur.Jururawat dan pengasuh pula akan bersama Lunara dan menjaganya semasa syif malam pada malam ini (semalam),” tulisnya. Sekadar info, Intan selamat bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Imane Lunara.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version