Usahawan sensasi, Kak KM akhirnya bertemu bersama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea setelah mereka sering diperkatakan oleh netizen mempunyai rupa paras yang seiras. Menerusi perkongsian di TikTok @kakkmshop2, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, 43, bertanyakan kepada Haqiem tentang keberadaan Anis yang sering dikatakan oleh netizen mempunyai wajah sama sepertinya. Klik sini untuk lihat video.
Dalam video tersebut, Anis kelihatan begitu teruja ketika bertemu Kak KM sebelum mereka bertiga mengambil gambar bersama sebagai kenang-kenangan di Ella USA 30th Anniversary Concert di Arena of Stars, Genting Highlands, pada Sabtu. “Semua orang cakap, isteri Haqiem macam muka Kak KM, cuba kita tengok muka kami sama ke,” kata Kak KM. Menerusi satu hantaran lain, Kak KM meminta Haqiem menyanyikan sebuah lagu bertajuk Sangkar Derita sebelum memanggil Anis untuk berada di sisinya.
Bukan itu sahaja, Haqiem juga dilihat sedikit terkejut apabila disergah oleh usahawan itu sebelum dipaksa untuk menyanyikan sebuah lagu semasa pertemuan mereka sekeluarga. Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa gembira akhirnya penantian mereka untuk melihat Kak KM dan Anis dalam satu ‘frame’ yang sama tercapai. Malah ramai juga warganet yang tidak putus-putus memberitahu wajah mereka seiras seperti hubungan kakak adik dan ada juga yang berkata seperti ibu dan anak.
Terdahulu, Anis tular di media sosial kerana menganggap dirinya seperti salah seorang anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose namun kenyataan itu diselar oleh netizen dan menyifatkan Anis lebih kelihatan seperti Kak KM. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.