Tak nak keruhkan lagi keadaan, Kieda mohon maaf secara terbuka isu pelanggan yang review jujur

Advertisements
Advertisements

Enggan lagi mengeruhkan keadaan, usahawan sensasi, Kieda Crepe memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ulasan jujur diberikan pelanggan terhadap produknya yang kecoh dalam media sosial sejak beberapa hari lalu. Menerusi hantaran di Instagram Story, Kieda atau nama sebenar Khalieda Yusri berkata, dia menerima semua teguran diberikan dengan hati terbuka dan mengakui dirinya bertindak mengikut emosi. Kieda berkata, dia akan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dalam hidupnya.

“Saya terima setiap satu kritikan untuk saya jadi lebih baik. Lapang dada saya terima semuanya. Insya-Allah dan terima kasih semua sudi nasihat saya dengan baik. Salah saya sebab terlampau emosi, sebab saya sangat kecewa sedangkan kamu juga pekerja kedai crepe. Awak mesti tahu strugglenya boss naikkan branding cari sale untuk bayar gaji. Maafkan saya, maafkan saya kerana sudah buat semua kecewa dengan saya. Moga semua ini dijadikan pengajaran buat saya.”

Dalam hantaran sama, Kieda turut berpesan kepada pelanggannya supaya tidak menghina produknya jika tidak kena dengan selera mereka. “Saya berharap selepas ini, andai ada tak kena selera jangan sampai menghina dan mengeji umpama tiada kebaikan. Jangan fitnah dengan ayat ‘Kieda game’ pelanggan sedang awak tahu macam saya perjuangkan nak naikkan jenama Kieda Crepe.”

Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan. Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version