Beranikan diri masuk dalam liang lahad, Noorkhiriah kaku bila dah sampai ke kubur

Advertisements
Advertisements

BAGI membuktikan kredibiliti sebagai seorang pelakon, pelakon Noorkhiriah memberanikan diri masuk ke dalam liang lahad menjayakan babak kematian dalam drama Seribu Tahun. Membawakan watak Nor, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, berkata dia sendiri yang meminta melakukan babak tersebut tanpa menggunakan pelakon ganti. “Saya minta Ezad (pengarah) nak masuk liang lahad, lepas itu saya lupa. Gementar ditambah dengan ‘blur’.

Sampai di kubur saya kaku, air mata tak berhenti,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram. Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi rakaman sebalik tabir salah satu babak dalam episod drama berkenaan. Babak tersebut memaparkan dia dikafankan seperti jenazah sebelum dikebumikan di lokasi tanah perkuburan sebenar.

Khiriah juga dilihat menangis ketika penggambaran dijalankan sambil dibantu oleh kru produksi yang membantunya masuk dan baring di dalam lahad. Menganggap ini satu pengalaman yang cukup bermakan, Khiriah turut memuji pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin kerana membawakan satu cerita yang banyak memberikan pengajaran. “Momen ini sangat mahal. Mata saya jadi saksi betapa Ezad (Shahrulezad) berjuang demi Seribu Tahun. Semoga setiap ketukan Ezad menjadi saham pahala.

“Kepada yang memberi komen, percayalah watak Nor atas izin Allah,” jelasnya. Kesungguhan Khiriah ini juga mendapat pujian ramai penonton yang kagum melihat dia memberi sepenuh komitmen terhadap watak Nor. Selain Khiriah, drama ini turut menampilkan Azhan Rani dan Emma Maembong sebagai pelakn utama.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version