TANPA berselindung, penyanyi Mas Idayu mengaku dia yang menuntut untuk berpisah daripada bekas suaminya iaitu Muhamad Sufian Che Isa. Mas atau Mas Idayu Mesnun, 53, berkata, dia mempunyai alasan mengapa mahu bercerai malah menegaskan dirinya layak berbuat demikian. Bagaimanapun, penyanyi dangdut ini memilih tidak berkongsi punca dia memohon pisah kerana enggan membuka aib sesiapa.
“Kalau ditanya kenapa, saya sangat-sangat layak untuk mohon perpisahan. Kalau seorang isteri minta cerai tanpa sebab, tak cium bau syurga. Tak perlulah cari siapa salah kerana saya yang minta untuk dilepaskan, tak mahu buka aib sesiapa,” katanya. Mas berkongsi perkara itu menerusi program Melodi yang disiarkan pada Khamis malam di TV3. Dalam pada itu, Mas menafikan kewujudan pihak ketiga yang menjadi punca perpisahan mereka sebaliknya mereka berpisah secara baik.
Malah jelasnya dirinya bukan punca perkahwinan itu berakhir seperti didakwa warganet. “Tak tahu kenapa warganet buat andaian kata saya punca kami berpisah, merangkaklah mereka yang tuduh saya tu nanti di padang mahsyar. Tiada orang ketiga, kami berpisah cara baik,” ujarnya. Mas dan Sufian kini tetap mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat walaupun ikatan suami isteri di antara mereka sudah terlerai.
“Saya dengan Sufian tak bergaduh, kami pergi mahkamah pun masih boleh ketawa. Pada Isnin, media malaporkan Mas dan Sufian sudah bercerai 4 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Sufian yang juga seorang penerbit program di Media Prima kemudiannya mengesahkan berita tersebut. Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas berkenalan pada 2008. Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.
Sebelum itu, Mas pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 dan berpisah pada 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27. Sementara itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV iaitu Intan Suraya dan berakhir dengan perpisahan. Mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.