Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sehingga kini masih berdiam diri susulan syarikat dibawah pengasasnya, Pink Fate Sdn Bhd, terpalit dakwaan berhutang dengan pembekal tudung, Obor Holding Sdn Bhd berjumlah lebih RM4.65 juta. Berdasarkan pemerhatian, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dilihat aktif di media sosial dengan berkongsi semula pautan ‘quotes’ untuk tidak bersuara dan terus berdiam diri tentang apa-apa isu membabitkannya.
“You will know she healed when she stops telling her side of the story – because peace doesn’t explain itself,” kongsi Fazura dengan emoji. Meninjau ke ruangan balas, ada segelintir warganet menyeru aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini untuk bersuara bagi menjernihkan namanya atas dakwaan tersebut. Isnin lalu, Syarikat pengilang tudung, Feline Malaysia mendakwa syarikat milik Fazura berhutang lebih RM4.65 juta.
Menerusi dokumen pernyataan tuntutan yang dilihat oleh The Rakyat Post, Obor Holding Sdn Bhd, pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd, di mana Fazura selaku pengasas bersama telah dibekalkan tudung bernilai lebih RM7.33 juta sejak Jun 2022. Namun, sehingga kini, Obor Holding mendakwa hanya RM2.68 juta telah dijelaskan dan bakinya sebanyak RM4.65 juta masih belum dilangsaikan. Dakwa syarikat itu lagi, mereka mula berdepan kesukaran untuk menuntut bayaran sejak Disember 2023.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.