Isteri pemandu trak FRU dedah suami tak berhenti salahkan diri sendiri atas kehilangan 9 rakan

Advertisements
Advertisements

Isteri pemandu trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kejadian tak diingini dengan lori membawa muatan batu mendedahkan emosi suaminya, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin sedang tidak stabil. Menurut laporan Berita Harian, Nor Ain Ahmad Hesam berkata suaminya kini sudah sedar sepenuhnya selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sering menyalahkan dirinya atas kejadian itu.

“Dia baru tahu semalam bahawa sembilan rakannya pergi menghadap illahi. Dia rasa bertanggungjawab kerana dia yang memandu. Dia kata dia rasa bersalah. Saya pujuk dia supaya tidak salahkan diri. Dia juga minta maaf kepada rakan-rakannya. Semalam, dia buat panggilan video kepada Nizam (Koperal Nizam Tarmizi) dan minta maaf. Dia juga jumpa Zulnaidi (Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli) dan minta maaf secara bersemuka,” katanya.

Tambah Nor Ain lagi, tiada anggota yang menuding jari terhadap suaminya susulan apa yang berlaku bahkan, mereka memberi sokongan moral sepenuhnya kepada Mohd Harrisul. “Tiada seorang pun yang salahkan dia. Ramai rakan hubungi dan beri sokongan moral. Mereka faham situasi sebenar dan minta dia jangan tanggung rasa bersalah itu seorang diri,” katanya sambil menambah suaminya sudah berkhidmat dalam pasukan polis selama lebih 11 tahun.

Alhamdulillah, dia sudah sedar. Dia boleh berjalan ke tandas sendiri sekarang. Dia tak ingat langsung apa yang berlaku ketika kejadian tak diingini, hanya sedar-sedar sudah berada di hospital,” katanya. Nor Ain berkata suaminya mengalami kecederaan pada kepala dan beberapa tulang rusuk patah namun, sudah boleh berjalan ke tandas tanpa bantuan. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui dunianya menjadi gelap apabila mengetahui suaminya terbabit dalam kemalangan maut.

“Hati saya hampir luruh. Saya terus berdoa supaya tiada perkara buruk berlaku padanya. Saya terpaksa hubungi ramai orang, berusaha sebaik mungkin untuk tahu sama ada suami saya masih hidup atau tidak,” katanya. Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8.51 pagi Selasa di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan, sebuah lori membawa muatan batu kerikil dilaporkan mengalami kerosakan stereng sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh lori FRU yang membawa 18 anggota.

Lapan anggota disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Difahamkan, kumpulan FRU berkenaan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Cithra Pournami.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version