SOKONGAN daripada rakan-rakan membuatkan pelakon Fattah Amin mempunyai keyakinan bergelar seorang penyanyi. Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, pada awalnya nyanyian hanya sekadar hobi namun setiap kali berkunjung ke pusat karaoke, rakan-rakan akan memuji vokalnya. “Daripada bilik karaoke (asal jadi penyanyi) sebab saya bukanlah belajar menyanyi daripada kecil atau pun memang dah bercita-cita nak jadi penyanyi. Bukan.
Saya menyanyi sekadar hobi dengan kawan-kawan di pusat karaoke. Lepas tu ni semua punca dari kawan-kawanlah, mereka cakap suara saya okay. Tak tahulah nak ‘kipas’ (bodek) atau ‘sembang’. Mereka suruh saya cuba buat lagu sendiri. Selepas itu saya pun pergi ‘jamming’ dengan kawan-kawan juga. Mereka kata saya boleh menyanyi,” katanya.
Fattah berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di podcast Borak Selebriti yang dimuat naik di YouTube Sinar FM. Dalam pada itu, Fattah memberitahu dia cuba merakamkan beberapa buah lagu sehingga mendapat tawaran daripada syarikat rakaman untuk menerbitkan single berjudul Wanita Terakhir. Kongsi Fattah, dia tidak menyangka lagu tersebut menjadi hit dan membawa namanya dalam industri muzik tanah air.
“Selepas itu kawan saya suruh cuba untuk meramkankan lagu, mereka juga yang tolong ciptakan dan saya ada juga rakam satu dua lagu. Daripada situlah ada syarikat rakaman yang datang approach dan rezeki saya menerusi lagu Wanita Terakhir. Saya rasa macam betul ke aku ni boleh menyanyi. Tapi rezeki saya lagu tersebut hit dan orang suka, namun fokus saya bukanlah sebagai seorang penyanyi tetapi mahu lebih kepada lakonan,” ujarnya.
Untuk info, Fattah merakamkan single pertamanya berjudul Wanita Terakhir pada 2017. Menurut Fattah, lagu berkenaan merupakan hadiah buat peminat atas sokongan luar biasa terhadap kerjaya seninya. Selain Wanita Terakhir, Fattah turut merakamkan beberapa buah lagu termasuk Paling Sempurna, Wanita Terindah, Cinderella, Lelaki Terakhir dan Bertahan Demi Cinta.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.