Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memberitahu dia mahu berpakaian seperti seorang lelaki. Ujarnya, dia merancang untuk menunaikan umrah pada tahun depan. “Saya rasa kali ini pergi umrah, saya akan berpakaian seperti lelaki. Biarlah rambut panjang sekali pun. Tahun ini adalah tahun paling saya gembira. Innsya-Allah tahun depan, saya akan pergi umrah lagi.” Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, Sajat akui mempelajari daripada kesilapan yang lepas dan enggan ulanginya lagi. “Saya tidak akan buat perkara yang menimbulkan kemarahan orang. Sebab satu keluarga saya pesan, apa saja yang jadi, jangan pernah tukar agama.” Imbas kembali, usahawan berusia 40 tahun itu pernah mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2020. Pemergiannya ketika itu berpenampilan seperti seorang wanita. Kebanyakan warganet meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran itu sehingga beberapa pendakwah bebas turut tampil bersuara.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.