Siaran langsung sebuah jenama pakaian di TikTok mencuri perhatian apabila jurujualnya merupakan pelakon, Hafidz Roshdi. Menerusi sesi ‘live’ itu, Hafidz atau nama lengkap Muhammad Hafidz Roshdi, 33, sedang mempromosikan beberapa jenis kurta jenama Tuan By Tengku Kery. Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga memberi penjelasan mengenai jenis kain, saiz dan warna kurta yang dijualnya.
Aktor itu turut dilihat begitu semangat membaca dan membalas komen-komen penonton yang masuk ke sesi tersebut. Rata-rata wargamaya juga berasa teruja apabila melihat Hafidz yang menjadi ‘live host’ jenama berkenaan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.