PENGGUNA jalan raya di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik berdepan detik cemas pada Selasa malam apabila berlaku kejadian sekumpulan gajah mengamuk. Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa mendakwa terdapat kenderaan lain membunyikan hon. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan diserang sekumpulan gajah liar.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam, mangsa yang memandu Toyota Vios memberhentikan kenderaannya dan mematikan lampu, apabila mendapati sekumpulan gajah melintas di jalan raya. Dia kemudian terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri keretanya. Pemandu yang dalam keadaan panik bertindak keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Zulkifli berkata, pemandu kereta itu kemudian tampil ke balai polis untuk membuat aduan. “Akibat serangan itu, kereta pengadu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan belakang, selain sisi kanan dan kiri kenderaan itu. Pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, antaranya tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi serta mengambil langkah keselamatan lain apabila berhadapan dengan gajah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.