Abby Abadi cari pengasuh untuk anak, tapi ada pulak yang nak pinjam RM15k sebelum mula kerja

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Abby Abadi memilih untuk tidak meminjamkan wang kepada orang yang tidak dikenali selepas mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan sebelum ini. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan memuat naik satu hantaran berkaitan ragam pengasuh yang mahu bekerja menjaga anaknya. Menurut bekas isteri kepada pelakon dan usahawan, Norman Hakim itu, pengasuh berkenaan mendakwa sedang melalui fasa kehidupan yang sukar dan sebelum memulakan pekerjaan baharu, individu itu telah meminta untuk meminjam wang daripadanya.

“Sebelum ini ada yang mesej minta kerja dekat rumah saya sebagai pengasuh, beritahu saya dia merupakan anak yatim piatu asal pedalaman, sebatang kara dan lain-lain. Tapi belum mula kerja lagi dah nak pinjam RM15,000 dan suruh tolak gaji. Dia kata peganglah kad pengenalan dia sebagai jaminan.”

Jelasnya, dia tidak akan memberi wangnya dengan mudah kerana trauma apabila peminjam tidak memulangkan semula duitnya. “Memang tidaklah saya nak bagi, saya trauma kena scam. Siapa nak pinjam duit, maaf bukan dengan saya. Saya dah susah nak percaya orang.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version