Individu berang apabila terdapat segelintir tetamu yang menghadiri majlis Akikah dan Kesyukuran anak sulung penyanyi Nabila Razali dilihat tidak bersyukur. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang dikenali sebagai Nadzrah berkongsi beberapa aduan daripada tetamu yang hadir. Difahamkan, tetamu merungut kerana keadaan majlis Akikah yang dibuat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan itu tidak mencapai ekspektasi.
“Dah lah datang majlis orang, lepastu merungut sana sini. Bila tak dijemput bising, ajak T20 saja. Kesian Nabila Razali, dia tak limitkan pun tetamu yang nak hadir majlis. Tak boleh ke bersyukur saja Nabila nak kongsi rezeki?” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berang dengan segelintir masyarakat yang dianggap tidak beradab apabila menghadiri majlis orang.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.