Ameera Khan dedah dirinya bukan keturunan melayu, tapi fasih berbahasa melayu sebab membesar di Malaysia

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Ameera Khan menjelaskan bahawa dirinya bukan berketurunan Melayu, namun masih fasih berbahasa Melayu kerana membesar di Malaysia.Menerusi satu rakaman sesi siaran langsung yang tular, Ameera memaklumkan walaupun ibunya berdarah Arab dan bapanya pula berasal dari keturunan Pakistan, dia tetap menghormati budaya tempatan dan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Malah, turut fasih bertutur dalam loghat Kelantan. “Ibu saya Arab, bapa saya Pakistani. Saya tiada darah Melayu tapi lahir kat sini (Malaysia), membesar di sini, tapi saya boleh cakap bahasa Melayu, terutamanya bahasa Kelantan. Kalau tak boleh cakap Melayu tu, boleh tamparlah muka saya,” ujarnya sambil tertawa. Dalam masa sama, adik kepada selebriti Neelofa itu turut berdepan dengan dilema apabila ada yang bertanya tentang identiti bangsanya.

Menurutnya, meskipun ibu bapa tidak mempunyai darah keturunan Melayu, namun dia memilih untuk menyatakan dirinya Melayu demi mengelakkan persepsi negatif daripada orang lain. “Kalau orang tanya, ‘Orang Melayu ke?’ Saya cakap sahaja Melayu sebab kalau tak cakap Melayu orang cakap tak sedar diri. Tak cakap Melayu, nak cakap Melayu buat apa memang ibu bapa saya tiada darah Melayu. Kalau saya cakap bukan Melayu, orang judge saya. Jadi saya cakap ya sahaja saya Melayu,” katanya lagi.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version